Monday 17 November 2008

Sekadar Renungan bersama

Petikan di bawah ini adalah luahan individu yang menjadi mangsa hipokrit yang terdapat dalam blog individu terbabit "Hmm... tak tahu la nak cakap manusia zaman sekarang. Kalau bercakap dialah yang baik, dialah yang bagus, dialah segalanya. Tapi pada dasar dan hakikatnya manusia ini tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Tetapi malangnya, tidak pernah pulak nak menyedari kesilapan diri dan yang paling payah tidak mahu mengaku kesilapan sendiri. Apa ertinya berkawan jika tidak ikhlas? Tiada gunanya berkawan kalau hanya untuk mengambil kesempatan, dan bermuka-muka. "Cakap lawa konon" - Ayat Tan Sri P.Ramlee dalam citer 3 Abdul . Hipokrit, satu lagi penyakit yang tak pernah lari dari manusia. Mengaku diri tidak suka dan benci kepada orang hipokrit. Tapi apa yang boleh ditafsirkan kalau diri sendiri yang hipokrit? Sebenarnya aku terfikir juga, bila terpaksa menghadapi manusia seperti ini yang boleh dianggap kawan tapi cuma manis di depan, busuk di belakang ceh! macam longkang . Bagaimana la nak menghadapi dan mengatasi manusia seperti ini; yang tidak pernah luput di duniawi ini.."

MUHASABAH AL-NASF oleh Allahyarham Dr. Ibrahim Al-Maqadamah, Tokoh Palestin

Walaupun kerap kita dengar, walaupun jemu telinga menerima kritikan-kritikan dan arahan-arahan yang sama berulang-ulang (macam ayat ni), namun sebenarnya ia memang menjadi kunci kemajuan prestasi dan potensi diri. Iaitu Muhasabah. Ianya penting dalam menentukan langkah-langkah seterusnya dan magnitud energy atau focus yang diperlukan untuk mengharungi hari-hari esok. Ia menjadi pembuka kepada Mu'aqabah, Mu'atabah ataupun Mujahadatun Nafs.

Muhasabah adalah satu moment yang boleh memperbaharui azam dan meningkatkan tarbiyyah dzatiyyah untuk memandu diri untuk terus beramal. Maka dari sini jelas kita lihat urgensinya.

Kejayaan tidak datang dengan mudah. Sekiranya anda mendengar ibu-ibu kita mengatakan: “Kalau anak ini memasuki Sekolah Alam Shah (sekolah terkemuka di Malaysia) pasti dia akan mendapat 10A dalam peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).” Adakah maksudnya dengan hanya melangkah ke dalam alam sekolah tersebut, dia sudah menempah kecemerlangannya? Adakah mungkin dengan hanya dia merayau-rayau di sekolah pada waktu kelas, atau duduk-duduk di kantin sekolah bersahaja dapat menjamin tercapainya harapan mak ayahnya? Tentu tidak. Kalau begitu, peniaga kantin yang bekerja di kantin selama 5 tahun sudah cukup tempohnya untuk menduduki SPM dan skor! Tidak semudah itu! Kejayaan dunia tidak semudah berlenggang lalu menadah tangan ke langit. Kejayaan akhirat apatah lagi.

Sang pembunuh 99 + 1 orang telah menempuh perjalanan yang jauh untuk mencari keampunan Tuhannya. ZanNun (Nabi Yunus) ditelan ikan besar sebelum kembali kepada kaumnya. Rasulullah dan para sahabat menyusun langkah dengan lebih cermat selepas kekalahan Uhud, sehingga digali parit ketika serangan Ahzab sebagai strategic battle preparation.

Namun, detik-detik perjalanan adventurous mereka ini semestinya dimulakan dengan satu proses check-and-balance yang kita gelar Muhasabah diri sebelum melonjak ke tahap seterusnya lalu menggapai impian. Anak di Sekolah Alam Shah itu mesti dari masa ke masa pause untuk identify gap ilmunya dibanding dengan tahap sepatutnya ia capai; maka latihan-latihan akan dipergiatkan selepas itu untuk menutup gaung skill dan ilmunya. Sang pembunuh 99 +1 itu tidaklah memulakan langkahnya melainkan ia muhasabah diri dulu dan berazam untuk berubah. Nah, lihatlah betapa hebat kesannya muhasabah diri sehingga dapat menyelamatkan seorang yang berada di jurang neraka kepada rahmat Allah yang Maha Besar (Syurga).

Pentingnya muhasabah diri adalah agar perjalanan hidup kita diharungi dengan kesedaran tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran yang bakal kita tempuhi. Orang barat kata SWOT Analysis (Strengh, Weakness, Opportunity & Threat). Ikhwah, saya telah menyaksikan ramai orang gugur dari jalan dakwah kerana gagal mengesani kelemahan diri atau melepas pandang maksiat yang dilakukan. Ada yang tewas hanya kepada video game, PS2, muzik, perempuan dsb sedangkan itu semua biasa ditempis dengan mudah oleh Ikhwah melalui Mutabaah hariannya. Sedangkan ia belum menghadapi cabaran besar seperti dicemuh masyarakat, diboycott, dipenjara, diseksa etc. Bagaimana seorang da’i akan melepasi ini semua sekiranya pujukan-pujukan syaitan sudah tidak mampu ditempis, apatah lagi goncangan-goncangannya.

Mutabaah amal harian adalah satu model Muhasabah yang bertujuan memastikan hari-hari kita dilalui dengan lurus. Sekiranya berlaku pemesongan, maka hari esoknya akan diperelokkan lagi. Seorang tetamu Imam Syafi’e datang tinggal di rumah Imam Syafi’e selama seminggu. Katanya dia melihat “hari-hari Imam Syafi’e pasti lebih baik dari hari semalamnya”. Begitulah ajaibnya teknik Muhasabah dalam meningkatkan kualiti hidup. Saya kira tidak memberi masa untuk muhasabah adalah satu jenayah terhadap diri sendiri. Ia memberi ruang untuk diri menjadi lebih rapuh.

Ikhwah, apabila kawan kita mengatakan, “Ikutilah aktiviti tarbiyyah, nescaya kita akan menjadi insan soleh.” Apakah dengan sekadar menghadiri usrah seminggu sekali, daurah sebulan, qiamullail sebulan sekali sahaja, sambil bermain game, hisap rokok, menonton wayang, tidak menjaga batas pergaulan, adakah kehidupan hipokrit sebegini dapat mencipta insan soleh? Pasti tidak!

Ikhwah, analisalah diri sendiri. Periksa diri sebagaimana doctor memeriksa pesakit. Penyakit itu banyak, dari penyakit kecil ke sederhana ke besar, dari selsema kepada resdung kepada selsema burung. Mungkin kita terkena salah satu daripadanya, mungkin ia berjangkit dari orang sekeliling. "Al-Insanu Ibnu Bi'atihi" (Seseorang adalah anak kepada biah/lingkungannya). Tidak hairanlah jika tempias-tempias kerakusan, kelucahan, kebohongan dan kepura-puraan masyarakat sedikit sebanyak merecik kepada kita. Muhasabahlah! Maka, apabila ketemu penyakit, berikanlah diri ubat. Jangan lalai dari ubat, mahupun mengabaikan penyakit. Ingat, kanser boleh merebak dengan cepat! Barah yang membesar sebeginilah yang membunuh orang daripada jalan dakwah. Kalau penyakit sudah kritikal, ingatlah, semua penyakit ada ubat kecuali maut, kerana apabila sudah mati, keinsafan tidak berguna lagi . Berwaspadalah!

Kenali potensi diri, kembangkan diri ke arah potensi kita; sesungguhnya potensi kita berlainan; ia memberi warna kepada alam ini. Lakukan SWOT analysis, amalkan Mutabaah Harian. Pergilah se-detail mungkin dalam evaluasi diri. Semoga berkesan dalam menyepak terajang maksiat dan menjaring gol.

Ini sekadar satu tazkirah yang saya sampaikan kepada diri saya dan sesiapa yang berkesempatan membacanya. Periksa diri, perbaiki diri! Awasi langkah2 anda. If you're not careful about anything, you'll lose everything. Selamat beramal!

1 comment:

putera said...

thanks zahar.. tolong carikan theme yang ader tab.. boleh letak gallery ke..