Saturday 22 November 2008

Mesyuarat Biro Agama Kommuniti Melayu Islam Stoke

Saudara/Saudari,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada mesyuarat khas ajk komuniti melayu
islam stoke yang telah di adakan pada hari Sabtu, 22 November 2008 dari
2.30 petang hingga 4.00 petang di rumah encik najib dan puan suhaila.

Mesyuarat khas tersebut adalah untuk membincangkan perkara yang berkaitan
tentang usrah rasmi pertama kommuniti melayu islam stoke yang dijadualkan
berlansung pada hari Sabtu, 29 November 2008, jam 5.30 petang. Selain dari
Penghulu, Timbalan Penghulu, Setiausaha dan Bendahari, hanya ajk terlibat
bagi usrah dan jamuan yang dijemput hadir bersesuaian dengan tugasan bagi
menyempurnakan majlis usrah tersebut. Berikut adalah keputusan dari
mesyuarat khas tersebut:-

i. Bahawa usrah tersebut akan disampaikan oleh Ustaz Erfino dari MSD
London pada hari Sabtu, 29 November 2008 jam 5.30 petang. Ianya akan
diadakan di rumah kediaman Encik Najib dan Puan Salida Suhaila bernombor
46, Rushton Road, Cobridge, ST6 2HP;

ii.Bahawa pengerusi majlis pada hari itu ditugaskan kepada Encik Mohamad
Rameez Yahaya;

iii. Bahawa pembaca doa ialah salah seorang pelajar malaysia dari alazhar
yang kini berada di stoke;

iv. Bahawa penghulu akan memberikan ucapan aluan beliau sebelum majlis
usrah dimulai;

v. Bahawa tajuk usrah diserahkan kepada budibicara Ustaz Erfino;

vi. Bahawa jemputan ditujukan kepada semua ahli keluarga melayu islam di
stoke dan juga penuntut melayu dan warga melayu bujang yang menetap di
stoke;

vii. Bahawa Puan Salida selaku Pengerusi Biro Agama dan Usrah akan
melakukan e-mail jemputan kepada semua warga stoke yang dijemput seperti
di perkara vi;

viii. Bahawa jamuan makan selepas usrah adalah berkisar kepada pot luck.
Menu dan segala persedian bagi jamuan tersebut akan diuruskan oleh Puan
Hanim.

ix. Bahawa majlis usrah rasmi kommuniti melayu islam stoke akan hanya
diadakan sebulan sekali selepas ini, dan ianya tidak semestinya berkisar
kepada hal keagamaan. Malahan tujuan utama usrah diadakan adalah sebagai
venue bagi majlis ramah mesra sesama masyarakat melayu islam stoke;

ix. Juga bersetuju bahawa sebaik sahaja tamatnya majlis usrah dan jamuan
malam, satu mesyuarat ajk kommuniti melayu islam yang dipilih baru-baru
ini akan diadakan. Mesyuarat tersebut adalah bagi membincangkan tentang
jamuan aidil adha dan hal lain yang berkaitan.

Mohon perkara tersebut di atas diambil maklum oleh semua warga melayu
islam stoke.

Salam Hormat,

Mohamad Rameez Bin Haji Yahaya
Setiausaha Kommuniti Melayu Islam Stoke 2008-2009.

No comments: