Saturday 17 January 2009

Happy Birthday

Pada 11 Januari 2009 yang lalu, suatu majlis hari jadi telah diadakan di rumah Tok Penghulu, Abang Nik, sempena hari kelahiran anaknya Aleef, turut diraikan ialah Hazim (anak Dr Suhaimi dan Kak Ina) yang jatuh hari kelahirannya pada bulan Januari. Alhamdulillah, kemeriahan terasa meskipun minggu itu cuaca sejuk melanda di Stoke. Turut serta ialah warga stoke yang baru Mastika dan Lin dari Universiti Malaysia Sarawak serta dua heroes nya yang akan baru memulakan pengajian PhD nya di Staffordshire University.
Kepada birthday boys: moga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki selalu.

Thursday 8 January 2009

Maal Hijrah 1430 H dan Selamat Tahun Baru 2009

Alhamdulillah dipanjangkan usia dan dapat merasa awal muharam. Dalam keghairahan warga Malaysia bercuti2 panjang di Stoke sempena cuti sekolah, jangan lupa nasib saudara seagama kita di seluruh dunia.
Sambutan Maal Hijrah tercalar dengan serangan tentara Yahudi ke atas saudara seIslam kita di Gaza, Palestine. Seharusnya memboikot barang2an Amerika dan sekutu dijadikan amalan seharian umat Islam, kalau Rusia boleh berhentikan bekalan minyak ke Ukraine dan Eropah, kenapa OIC tak berhentikan sahaja bekalan minyak ke US? Lihat sahaja Venezuela yang menghalau duta Yahudi dari bumi Venezuela..
Amalkanlah membaca Qunut Nazilah, moga Allah memperkenankan doa kita semua agar Yahudi laknatullah ditimpa kehancuran dan kebinasaan. Allahuakbar!

Selamat Datang ke Ahli Warga Stoke yang baru, Pensyarah dari UNIMAS, Sarawak..