Monday 1 December 2008

Mesyuarat Biro Kommuniti Malaysia Stoke(staffordshire)

Minit No.3/2008(30 November 2008)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada mesyuarat biro kommuniti malaysia stoke, staffordshire yang diadakan pada hari sabtu, 29 November 2008 dari jam 8.10 malam hingga 9.00 malam. Berikut adalah keputusan dari mesyuarat tersebut:-

i. bahawa hari raya aidiladha akan jatuh pada hari isnin, 8hb Disember 2008 bersesuaian dengan keputusan dari masjid central london(perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Ustaz Erfino yang datang menyampaikan ceramah agama sebelum itu).

ii. bahawa akan diadakan sembahyang berjemaah isyak dan diikuti dengan takbir raya di rumah su dan najib pada hari Ahad, 7 Disember 2008(waktunya ialah pada jam 6.00 petang). semua dijemput hadir.

iii. bahawa akan diadakan satu jamuan ringan yang disediakan oleh puan hanim di rumah su dan najib sebaik sahaja acara takbir tamat.

iv. bahawa selepas sembahyang raya pada hari isnin, semua warga malaysia dan sesiapa berkenaan dijemput bersama untuk bertandang ke rumah warga malaysia stoke yang beragama islam. Semua ahli ajk yang hadir telah bersetuju bahawa rumah mereka sentiasa terbuka pada hari itu untuk sesiapa yang ingin beraya.

v. bahawa nama bagi kommuniti stoke sekarang adalah kommuniti malaysia stoke, stafforshire dan tidak lagi kommuniti melayu islam stoke. akan tetapi seperti dahulu, apa-apa majlis akan turut dijemput saudara melayu islam kita yang lain. Keputusan ini diambil memadangkan dengan ada nama kommuniti malaysia stoke ini, banyak menafaat akan kita capai bersama dengan msd, jpa, dan high comm malaysia di london.

vi. bahawa apabila kita menyambut pemergian/keberangkatan saudara Zahar dan keluarga, dan juga bagi mereka yang sedang sibuk menghabiskan thesis akan di adakan di venua-venue seperti di bowling alley dan sebagainya. Adalah dicadangkan bahawa selepas permainan bowling sesama keluarga masyarakat stoke di adakan, maka jamuan dan penyampain cenderahati turut diberikan bagi acara sebegini.

vii. bahawa segala utusan e-mel oleh warga malaysia stoke kini tidak akan mengunakan anak dagang forum tetapi satu website untuk perkara ini akan dikordinasikan oleh Encik Zul. Malahan blog stoke kommuniti malaysian yang sedia ada akan digunakan untuk menyalurkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kommuniti malaysia stoke. Segala pandangan, panduan agama etc tidak digalakkan lagi, kerana ianya mungkin membawa kepada perselisihan pendapat dan sebagainya. sila ambil maklum akan perkara ini, sekiranya ingin disalurkan pendapat dan sebagainya bolehlah gunakan venue e-mail pesendirian dan bukannya lagi e-mel kommuniti stoke yang baru ini.

viii. bahawa segala perselisihan sebelum ini sesama masyarakat malaysia diharapkan sudah dilupai dan dimaafi. buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih. kita hidup baru semula berasaskan perpaduan. bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

Sekian dan salam hormat,

mohamad rameez yahaya
Setiausaha Kommuniti Malaysia Stoke (2008-2009)

No comments: