Thursday 18 December 2008

Berdoa agar hidup cemerlang pada 2009

Malapetaka sebagai peringatan bukan hanya berlaku sekali tetapi mungkin berganda-ganda

TAKUT juga menghadapi penghujung tahun selepas serangan tsunami, banjir besar, tanah runtuh dan pelbagai lagi insiden yang berlaku. Sesuatu yang sebelum ini agak asing sudah menjadi takdir yang harus diredai.

Malapetaka sebagai peringatan bukan hanya berlaku sekali ini tetapi mungkin akan berganda-ganda sebagai peringatan kepada yang masih ada, tinggal lagi makhluk yang dipinjamkan berusaha sedaya boleh mengelakkan bencana ini menjadi semakin buruk kesannya ke atas alam.

Jangan pula kita berdoa tanpa meningkatkan amalan dan kehambaan kepada-Nya. Memang sudah lumrah manusia, kadangkala terlupa masa enak dibuai rasa, sudah terhantuk baru terngadah. Kadangkala manusia lupa mengucapkan syukur, hanya sebilangan yang ingat pasti tidak boleh mewakili yang ramai.

Nikmat ke atas Malaysia, makmur dan terbilang tidak terasa di negara lain. Itulah, takut-takut kita lupa bahawa yang enak dan disayang itu pinjaman, sampai waktu harus dipulangkan juga.

Membina hidup baru pada tahun baru dengan suasana begitu berlainan tentu sukar kepada mangsa tragedi sepanjang tahun ini. Banjir, kemalangan, kebakaran, tanah runtuh, kita diuji bertalu-talu. Jika sebelumnya ada ibu tempat mengadu, kini tiada lagi.

Hilang ayah dan suami bagai tiada lagi pundak menanggung beban keluarga. Untuk bermanja, usah bermimpi kerana jasadnya pun sudah dikebumi. Hilang isteri, ramai suami yang tidak keruan dan ternanti-nanti walau mana mungkin yang pergi datang kembali.

Tetapi begitulah harapan, alangkah indah jika boleh dipinjam sekali lagi. Tentu akan dibelai dan sentiasa beringat, bahawa harta ini hanya sementara sampai masa kita harus reda. Yang pasti, tahun baru bukan penamat sebuah kehidupan walau bukan mudah melupakan yang pergi. Trauma menghadapi celaka yang tidak dipinta juga bagai masih terbayang di ruang mata.

Walau apapun alasan, hikmah takdir Allah itu mengatasi segala timbang tara, perasaan dan tanggapan. Hikmahnya maha besar, tetapi mungkin tidak terlihat pada hari ini. Tunggulah esok dan seterusnya, pasti kita lihat sebuah kehidupan lebih baik.

Apabila ditimpa musibah, hendaklah kita ingat bahawa sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nyalah kita akan dikembalikan. Allah akan memberikan kenikmatan dan kebaikan berlipat ganda, bahkan musibah melanda akan menghapuskan dosa dan akan menyucikan jiwa.

Allah berfirman yang bermaksud: "Mereka itulah yang akan mendapatkan selawat dari Tuhannya, rahmat dan mereka itulah orang yang mendapatkan petunjuk." (Surah al-Baqarah, ayat 157)

Yang perlu kita ingat ialah diri kita, keluarga dan harta benda adalah milik Allah. Ketika dilahirkan ke dunia, kita tidak memiliki apa-apa pun, walaupun pakaian untuk menutup tubuh badan, begitulah juga apabila kita meninggalkan dunia, kita tidak akan membawa apa-apa.

Semua itu akan kita tinggalkan melainkan amal salih, sebab itulah persiapan diri dan keinsafan tinggi perlulah mutlak dalam setiap perkara kita lakukan di dunia. Kita juga perlu yakin dengan takdir Allah kerana keyakinan dengan rukun iman yang satu ini akan meringankan beban dan membuatkan kita kebal serta sedar bahawa segala sesuatu sudah tertulis di luh al-mahfuzh.

Rasulullah SAW bersabda dalam doa Baginda yang bermaksud: "Anugerahkanlah pada kami keyakinan yang menjadikan musibah terasa ringan." (Hadis riwayat Tirmidzi dan Hakim)

Firman Allah yang bermaksud: "Tiada satu bencana pun yang menimpa di muka bumi dan tidak pula pada dirimu kecuali telah tertulis pada kitab sebelum kami menciptakannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu dan tidak terlalu gembira dengan apa yang diberikan Allah padamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri." (Surah al-Hadiid, ayat 22-23)

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Dan jagalah dirimu dari (azab) hari (kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak dapat membela orang lain, walau sedikitpun; dan (begitu pula) tidak diterima syafaat dan tebusan daripadanya, dan tidaklah mereka akan ditolong." (Surah al-Baqarah, ayat 48)

Ayat di atas masih ditujukan kepada Bani Israel, walaupun sebenarnya juga ditujukan kepada seluruh manusia, selepas mereka diperintahkan berkali-kali untuk mengingat nikmat Allah yang diberikan kepada nenek moyang mereka, maka kali ini Allah memerintahkan mereka untuk mengingat kematian, mengingat suatu hari di mana tiada manfaat pertolongan seseorang terhadap orang lain.

Seakan-akan Allah ingin mengingatkan kepada Bani Israel dan kepada seluruh manusia bahawa bagaimanapun tingginya kedudukan manusia di dunia ini, tetapi pada hari kiamat kedudukan itu tidaklah ada manfaatnya walau sedikitpun.

Pada ayat sebelumnya Allah menjelaskan kepada Bani Israel bahawa nenek moyang mereka adalah bangsa paling unggul pada waktu itu, kerana mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, akan tetapi kebaikan, kemuliaan dan kebesaran nenek moyang mereka tidaklah bermanfaat bagi anak keturunannya pada hari kiamat.

Ambangkan 2009 dengan penuh insaf dan rasa syukur. Banyak lagi tanggungjawab harus ditunaikan demi agama, negara dan bangsa ketika masih ada usia. Alangkah indah tahun baru ini, kerana kita mulakan dengan doa, mohon kehidupan yang jauh lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Malaysia (Usim)

1 comment:

DHIA TAN said...

Adakah anda mencari pinjaman untuk memulakan perniagaan atau projek keinginan hati anda? Di DHIA TAN LOAN COMPANY, kami menawarkan semua jenis bantuan kewangan kepada semua individu yang memerlukan pinjaman seperti "pinjaman peribadi, pinjaman pelaburan, pinjaman pinjaman perumahan dan syarikat pinjaman di seluruh dunia, kadar faedah kami adalah 2% setahun. Kami juga memberikan nasihat kewangan dan bantuan kepada pelanggan dan pemohon kami. Sekiranya anda mempunyai projek yang baik atau ingin memulakan perniagaan dan memerlukan pinjaman untuk membiayai dengan segera, kami boleh membincangkannya, menandatangani kontrak dan kemudian membiayai projek atau perniagaan anda untuk anda bersama dengan Bank Dunia dan Bank Industri.

Hubungi SYARIKAT PINJAMAN TIA DHIA hari ini untuk sebarang mata wang yang anda mahukan.

Kategori Perniagaan

Perniagaan Merchandising.
Perniagaan pembuatan
Perniagaan Hibrid.
Pemilikan tunggal
Perkongsian.
Syarikat.
Syarikat liabiliti terhad.
pinjaman peribadi.
pinjaman pelaburan.
Pinjaman Hutang.
Pinjaman Rumah.
Pinjaman gadai janji
Pinjaman automatik.
Pinjaman pelajar.
Pinjaman gaji.
Pinjaman Islam.
Pinjaman pertanian.
Pinjaman gereja.

SYARIKAT PINJAMAN TIA DHIA
E-mel: tandhia6@gmail.com

WhatsApp +1 (484) 440-9390.