Thursday, 18 December 2008

Sembahyang dan Kejayaan

Sembahyang dan Kejayaan oleh Ustaz Dr. Mohd Radhi, Pensyarah Kanan, Universiti Sains Islam Malaysia.

Dalam sedar atau tidak...kita diseru untuk menuju kejayaan 5 kali sehari -melalui azan. persediaan kita untuk menuju kejayaan...menetapkan hati semasa mengambil wuduk- antaranya berdoa supaya menerima buku amalan daripada tangan kanan, hidung bleh bau wangian syurga, mulut boleh bercakap amalan2 baik, kaki ditetapkan diatas titian siratulmustaqim..supaya kita tak tergelincir ketika hari penghitungan dan pembalasan kelak...

Dalam sembahyang, kita baca al-fatihah, kita bercakap dengan pencipta kita, kita menyatakan bahawa dia adalah maha pemurah dan pengasihani....sifat utama allah, kalau sifat utamanya adalah adil, maka manusia akan susah sbb bila buat jahat, terus kena balasan, tapi sebaliknya, sifat utama Allah ialah pengasih dan penyayang, buat jahat. lara pun, Allah masih beri/murahkan rezeki...jadi kita patut malu dengan pencipta kita.malu kerana kita minta macam2 manfaat dunia, tapi sedikit pula beramal dengan ajarannya...selanjutnya kita memohon ditunjukkan jalan yg lurus, iaitu jalan oarang2 yang diberikan nikmat oleh Allah. Kita mohon begitu kerana hanya Allah sahaja mengetahui siapakah yang telah diberikan nikmat dan tidah dimurkainya....

Antara lain, perlulah kita cuba jadikan solat adalah perkara paling penting dalam kehidupan..solat first..first tau..bukan rutin...contoh, solat sentiasa dalam ingatan, masuk waktu saja, solat dulu, tengah writing up thesis, tinggal thesis, solat dulu! solat paling utama, yang lain datang kemudian...itu keutamannya, kurangkan gangguan luar, seperti hp, radia, alarm clock dsb...matikan hp masa solat terutama solat jumaat...kalau kita tak matikan hp tapi vibrate..kita seolah-olah menghormati orang2 lain yang sembahyang TAPI TAK MENGHORMATI ALLAH-NAUZUBILLAH......

Cuba perbaiki solat kita, hadirkan hati semasa ambil wuduk, semasa solat, perbanyakkan solat sunat, tingkatkan kekusyukan dalam sembahyang. Cuba fahami makna ayat yang kita baca supaya kita dapat menghadirkan diri kita seolah2 kita sedang bercakap dengan pencipta kita, pakai pakaian yang bersih, serta wangi-wangian seolah2 kita hendak berjumpa dengan pembesar negara...what more...kita berjumpa dengan pencipta kita..wallahualam...

peringatan untuk diri sendiri terutamanya..dan moga ada manfaat kepada rakan2...

Thursday, 11 December 2008

Syirik adalah kesesatan nyata, dosa tidak akan diampun

Oleh Masmawi Abdullah

SELURUH risalah Nabi dan Rasul berintipatikan tauhid. Mereka menyeru manusia ke arah mengesakan Tuhan. Mereka (Nabi dan Rasul) yang mulia itu sentiasa menyeru untuk manusia (umat pada zaman masing-masing) ke arah hanya beribadat dan menyembah Tuhan yang Esa.

Rasul dan Nabi yang mulia, sentiasa menentang syirik atau perbuatan mempersekutukan Allah SWT dengan apa juga. Malah tugas mereka yang utama ialah membasmi syirik dalam apa bentuk serta ragam yang menyebabkan manusia jauh daripada Allah SWT.

Apabila zaman berubah maka bentuk syirik juga turut berubah tetapi asasnya, mempercayai selain daripada Allah SWT yang menyebabkan rosak akidah.

Syirik berasal daripada perkataan syrika yang membawa erti mengambil bahagian atau mengikut sertakan. Menurut syariah, syirik memberi erti kemusyrikan atau pemujaan berhala dan lawan syirik ialah tauhid.

Tauhid adalah penolakan secara menyeluruh terhadap segala rupa bentuk mempersekutukan sesuatu dengan Allah SWT.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah; sesungguhnya Dia adalah Tuhan yang Maha Esa dan sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa yang kamu persekutukan dengan Allah.” (Surah al-Anjaam, ayat 19)

Syirik adalah dosa besar seperti diterangkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Barang siapa mempersekutukan Allah, sesungguhnya ia telah membuat dosa yang besar.” (Surah al-Nisa, ayat 48)

Orang yang mensyirikkan Allah SWT juga digelar sebagai bodoh. Bukan saja setakat bodoh biasa, tetapi bodoh yang besar. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Kami seberangkan Bani Israil ke seberang lautan itu, maka setelah mereka sampai kepada suatu kaum yang tetap menyembah berhala mereka. Bani Israil berkata: Hai Musa, buatlah untuk kami sebuah Tuhan (berhala). Musa menjawab: Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang tidak mengetahui (sifat) Tuhan.” (Surah al-A’raf, ayat 138)

Syirik juga adalah lambang atau petunjuk kepada kesesatan seseorang. Malah, syirik adalah suatu kesesatan yang paling jelas dan nyata. Kesesatan mereka yang syirik begitu jauh, iaitu jauh daripada kebenaran (Tauhid).

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan siapakah lebih sesat daripada orang yang menyembah sembahan selain Allah yang yang tiada dapat memperkenankan (doanya) sampai hari kiamat dan mereka lalai (memperhatikan doa) mereka.” (Surah al-Ahqaaf, ayat 5)

Syirik adalah suatu kehinaan, ertinya mereka yang mempersekutukan Allah SWT itu orang yang hina di sisi Allah SWT. Apakah yang lebih malang daripada syirik? Jika hidup selalu berada di dalam kehinaan, alangkah parahnya derita yang akan ditanggung orang musyrik itu.

Semua dosa akan diampun Allah SWT, kecuali syirik seperti firman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang menjadi anak lembu (sebagai sembahannya), kelak akan menimpa ke atas mereka kemurkaan Tuhan mereka dan kehinaan dalam kehidupan dunia. Demikianlah Kami memberikan balasan kepada orang yang membuat-buat pembohongan.” (Surah al-A’raaf, ayat 152)

Paling menyedihkan, mereka yang mensyirikkan Allah SWT tidak akan dapat memasuki syurga. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu, pasti Allah mengharamkan kepada syurga, dan tempatnya neraka.” (Surah al-Maidah, ayat 72)

Ilmu, budi perlu seimbang dalam jiwa Muslim

Nik Salida Suhaila Nik Saleh

DUNIA dan sejarah sudah membuktikan bahawa kemapanan ilmu boleh menentukan jatuh bangunnya suatu tamadun manusia. Sememangnya tidak dapat dinafikan kesarjanaan ilmu dan ketrampilan sahsiah mampu memadamkan kejahilan yang kian bersinar kini.

Jika ilmu benar-benar dipelajari dan diamalkan terutama ilmu agama yang menidakkan perbuatan menyakitkan hati, penggunaan bahasa kasar, menabur fitnah dan tohmah, tidak memberi manfaat kepada orang lain, sukar membantu dan menolong orang, menzalimi dan sebagainya, pastilah seluruh manusia akan dapat hidup dengan aman dan harmoni.

Bahkan penyelesaian kepada segala kemelut, kemunduran dan penghinaan dihadapi umat Islam hari ini ialah dengan kembali kepada al-Quran.

Dalam hal ini, faktor genetik juga penting, iaitu apabila anak mewarisi dan melihat kecantikan budi kedua ibu bapa serta melakukan perkara yang serupa apabila bermuamalah dengan anak atau orang lain.

Kadangkala genetik jugalah yang menghasilkan budi bahasa buruk kerana apa yang dilihat dan dilakukan oleh ibu bapa atau ahli keluarga lebih tua akan dituruti dan ia berpanjangan kepada generasi akan datang.

Gabungan antara akhlak baik yang diwarisi daripada ibu bapa dan ilmu dipelajari adalah tautan lengkap untuk menjadikan seorang itu mempunyai budi bahasa yang cantik. Kadangkala, apa yang diwarisi tidak semestinya baik dalam aspek agama.

Sebab itulah jika warisan itu diselaraskan dengan ilmu yang dipelajari secara berfokus, maka sudah tentulah generasi yang terdidik akan dapat meneruskan kesinambungan akhlak Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda.

Allahyarham Prof Dr Hamka dalam bukunya Lembaga Budi menyatakan bahawa maksud menuntut ilmu bukanlah semata-mata untuk memperluas ilmu pengetahuan, malah mengabdikan pada masyarakat dan meningkatkan mutu peribadi.

Antara ilmu dengan budi hendaklah saling isi mengisi dan setinggi mana pun ilmu, jika tidak didasarkan kepada budi hanya akan membawa kecelakaan. Budi yang tidak berisi ilmu pula tidak akan memberikan faedah kepada masyarakat.

Selama mana dua kekuatan ini masih ada dalam jiwa umat Islam, selama itulah Islam akan tetap hidup di seluruh permukaan bumi ini. Sebaliknya, jika keduanya atau salah satu di antaranya mulai lemah, maka Islam sudah tidak hidup lagi meskipun tubuhnya masih ada.

Melihat senario semasa, jika kita memerhati kehidupan segelintir umat Islam, kita seolah-olah rela dan pasrah melihat Islam terus layu dan membiarkannya mati. Kelakuan dan budi pekerti umat Islam kini ada kalanya tidak jauh berbeza dengan kelakuan jahiliah.

Bukan saja tiada usaha untuk menyuburkannya kembali, malah majoriti manusia yang menggelarkan dirinya Muslim terus galak membajai benih mazmumah dan dengan girang ria mencambah biak kebejatan sosial. Pendek kata, akhlak dan budi seolah-olah butir permata dan intan terpilih yang sudah hilang daripada kehidupan orang Islam.

Bukan tiada usaha untuk mencantikkan budi, malah ilmu adalah satu-satunya cara paling utama untuk menjadikan seseorang insan itu berkualiti dengan adab dan akhlak. Maka, sekecil-kecil anak diajar supaya menghormati orang tua, memberi salam, membalas jasa, bertutur dengan baik, bergaul mesra dengan semua orang tanpa mengira pangkat atau rupa.

Bagaimanapun, penerapan nilai murni ini boleh berkurang apabila tidak lagi dikawal oleh mentor anak-anak iaitu ibu bapa yang semakin leka apabila melihat anak-anak cukup dewasa menerajui diri, malangnya mereka silap dalam membuat telahan. Anak yang dulunya kecil dan berakhlak baik semakin lupa kepada apa yang diajar kerana banyak sebab menjadikan mereka berubah.

Setiap insan apabila boleh berfikir perlu insaf bahawa kewujudannya mempunyai matlamat, perjalanannya mempunyai haluan dan hidupnya mempunyai tugas serta tanggungjawab.

Justeru, umat Islam selaku sebahagian daripada entiti penting dalam masyarakat juga tidak boleh lari daripada meningkatkan kesedaran mengenai persoalan ini dan seterusnya bingkas bangun bermuhasabah diri ke arah mengurus kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hambaNya, hanyalah para ulama.” (Surah al-Faathir, ayat 28)

Konsep kesarjanaan ilmu wajar menjadi prinsip utama dalam kehidupan setiap individu Muslim yang merdeka. Apa yang penting adalah pembelajaran bukan hanya untuk lulus peperiksaan, memenuhi keperluan kursus atau sekadar mendapat sekeping ijazah.

Sebaliknya, ia adalah momentum ke arah memahami erti hidup sebenar. Setiap ilmu yang dipelajari wajar ditafsir mengikut kacamata ilmiah yang betul. Makna kata belajar itu sendiri bolehlah dimaksudkan sebagai satu proses pembinaan idea, penghayatan dan aplikasi ilmu. Sebagai hasilnya, hakikat akhir sesuatu proses belajar itu mampu menuntun seseorang ke landasan kebenaran.

Dalam Islam, perkataan pendidikan atau tarbiah itu antara lain bermaksud suatu pendekatan yang terbaik sekali dalam bertafa’ul (berinteraksi) dengan fitrah insan serta melaksanakan proses pendidikan melalui tunjuk ajar dan teladan.

Suatu teori pendidikan tidak akan sampai kepada matlamat yang dihajati jika ia gagal berfungsi dan tidak berkesan. Keberkesanan itu diukur dengan melihat sejauh mana hasil yang dihajati bertunas dan berkembang dalam diri individu yang dididik.

Hasil pendidikan juga dapat dilihat melalui perubahan tingkah laku, tindakan dan hasil pemikiran mereka. Pendidikan yang tidak berkesan bukan saja merugikan tenaga, waktu dan wang, tetapi yang lebih dibimbangi apabila hasilnya bertentangan dengan apa dihajati.

Sebab itulah amat malang sekali jika ada yang gagal dalam hidup, gagal akhlak dan budinya sewaktu dalam proses pembelajaran atau menuntut ilmu sedangkan ilmu yang menjadikan seseorang insan itu mulia dan dihormati, bukan dikeji. Jatuh bangunnya generasi mendatang adalah impak terbesar daripada generasi yang beraksi di saat ini.

Firman Allah yang bermaksud: “Allah akan meninggikan orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (Surah Al-Mujadalah, ayat 11)



Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

Wednesday, 10 December 2008

Strategi kepemimpinan Islam bertunjangkan wibawa, iman

Oleh Penulis Khas YaPEIM

PERNAH suatu ketika, Saidina Umar al-Khattab mempelawa sahabat yang berhimpun di sebuah rumah mengkhayalkan apa yang paling mereka impikan. Seorang daripada mereka bersuara: “Aku mengangankan supaya rumah ini dipenuhi emas yang nantinya aku boleh belanjakan di jalan Allah.”

Seorang lain pula menyampuk: “Aku pula mengangankan supaya rumah ini dipenuhi intan permata yang nantinya akan aku sedekahkan dan belanjakan pada jalan Allah.” Ya, begitulah seterusnya hingga mereka kehabisan angan-angan dan berkata: “Kami tidak tahu apa lagi yang harus kami katakan wahai Amirul Mukminin.”

Selepas itu, barulah Saidina ‘Umar sendiri menyatakan keinginannya: “Aku mempunyai keinginan yang lain daripada kalian. Aku menginginkan sejumlah orang yang hebat seperti Abu Ubaydah al-Jarrah, Muadh ibn Jabbal dan Salim Mawla Abi Hudhayfah untuk membantu mendaulatkan kalimah Allah.”

Jika kita meneliti kisah itu, walaupun seperti gurauan seorang rakan kepada rakan yang lain, ternyata ia bukan sekadar suatu gurauan, tetapi suatu dialog cukup bermakna dan membawa mesej betapa pentingnya membina generasi berkualiti untuk melaksanakan impian dan cita-cita umat.

Dalam rangka menjayakan risalahnya untuk membangun umat dan tamadun unggul, Nabi Muhammad SAW melaksanakan program pembinaan kelompok teras yang menjadi tulang belakang pembentukan umat baru. Kelompok teras berkualiti itulah yang disebut oleh Sayyid Qutb sebagai ‘generasi Quranik yang unik’.

Generasi sahabat sebenarnya adalah generasi yang sudah mengalami transformasi secara radikal menerusi penghayatan nilai dinamik daripada ajaran al-Quran. Generasi itu juga sebaik-baik ummah yang pernah tampil di pentas dan gelanggang perjuangan Islam.

Firman Allah bermaksud: “Maka jika mereka beriman seperti kamu beriman (dengan Kitab Allah dan Rasul-Nya), maka sesungguhnya mereka beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah Engkau khuatir Wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) daripada kejahatan mereka; dan Dialah juga Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 137)

Rasulullah SAW sebagai pemimpin dan pendidik ulung, cukup mengenali potensi sahabat dan pengikutnya. Lalu Baginda SAW memberikan galakan dan bimbingan secukupnya sehingga potensi mereka dapat berkembang.

Sebab itulah di bawah pimpinan Rasulullah SAW semua orang mendapat kesempatan untuk mengembangkan bakat dan potensinya, termasuklah mereka yang pernah secara terang-terangan memusuhi Islam seperti Umar al-Khattab dan Khalid bin al-Walid.

Usamah bin Zayd pernah diberi kesempatan memimpin suatu ekspedisi ketenteraan ketika usianya belasan tahun. Penampilan beliau mengetuai suatu misi penting itu adalah satu iktibar bahawa dalam budaya kualiti tidak ada amalan cantas mencantas terhadap generasi muda berbakat yang diberikan peluang oleh kepemimpinan tertinggi.

Memang dalam beberapa hal, faktor kekananan perlu diberikan penilaian tertentu. Tetapi ia bukanlah suatu yang mutlak. Penilaian terhadap faktor kekananan tidak sepatutnya sampai menjejaskan perkembangan bakat muda.

Amalan mengutamakan potensi itu berlanjutan ke zaman selepas era nabawi. Diceritakan bagaimana dalam satu pertemuan dengan seorang khalifah zaman Bani Umayyah, seorang anak muda ditampilkan sebagai juru bicara kaumnya.

Pembinaan generasi berkualiti tidak juga berasaskan kepada faktor keturunan. Amalan mewariskan posisi penting kepada anak cucu, kaum kerabat tanpa memperhitungkan bakat dan potensi akan mengakibatkan pudarnya kualiti.

Hal itu sudah diisyaratkan oleh Allah dalam al-Quran ketika Allah mengangkat Nabi Ibrahim sebagai pemimpin manusia. Lalu Baginda memohon supaya daripada kalangan zuriatnya juga akan diangkat menjadi pemimpin. Allah SWT menjawab dalam al-Quran, yang bermaksud: “(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak untuk orang yang zalim.” (Surah al-Baqarah, ayat 124)

Memang Tuhan kabulkan permintaan Nabi Ibrahim dengan melantik keturunan menjadi nabi, tetapi tidak semua keturunan Baginda layak dan berhak menjadi pemimpin, hanya yang berkualiti adil.

Dalam sejarah Islam, generasi sahabat pernah menyaksikan proses perpindahan kepemimpinan yang luar biasa sifatnya di mana mereka sanggup menyerahkan tampuk kepemimpinan kepada orang lain yang dikira lebih baik daripada orang mereka sendiri.

Apabila Rasulullah SAW wafat, timbullah isu perlantikan khalifah. Sebagai golongan anak tempatan yang berjasa besar menyelamatkan perjuangan Islam, orang Ansar merasakan bahawa merekalah sewajarnya mengisi jawatan khalifah.

Mereka memilih calon sesuai iaitu Saad ibn Ubadah. Tetapi mereka merelakan penyerahan jawatan itu kepada orang Muhajirin selepas diyakinkan oleh Saidina Abu Bakr al-Siddiq.

Mereka adalah orang yang realistik, menerima kenyataan bahawa orang Arab hanya mungkin bersatu di bawah kepemimpinan Quraisy. Perubahan pucuk kepemimpinan daripada Quraisy kepada bukan Quraisy akan mengundang risiko kegoyahan dan perpecahan. Sebagai orang yang tahu erti dan nilai perpaduan mereka bersedia menjadi makmum di belakang.

Mereka masing-masing tahu diri, mempunyai rasa hormat kepada mereka lebih utama. Justeru, apabila Abu Bakr dan ‘Umar berbicara keputusan segera dicapai, maka pada ketika itu tidak ada lagi yang masih ghairah berbicara semata-mata sekadar ingin berbicara.

Masing-masing tidak suka membuang-buang waktu dengan hal yang sia-sia. Mereka kesampingkan hal yang titik bengik dan perkara tidak berfaedah. Seluruh perhatian mereka tumpukan kepada matlamat perjuangan, untuk itu mereka sentiasa mengelak daripada perselisihan.

Inilah yang dimaksudkan dengan fokus kepada tujuan serta matlamat dan jauhkan daripada perselisihan. Mereka bebas daripada sifat keji seperti dengki, dendam, iri hati dan yang sama dengannya.

Justeru, dalam peristiwa pemecatan Khalid al-walid daripada jawatannya sebagai panglima tertinggi angkatan bersenjata, beliau diarahkan supaya menyerahkannya kepada Abu ‘Ubaydah al-Jarrah. Pada ketika itulah, pengikut setia Khalid mendesak beliau jangan patuh kepemimpinan baru itu.

Dengan tegas Khalid menjawab: “Aku tidak berperang kerana Umar, tetapi kerana Tuhan Umar.”

Khalid berpegang terus dengan penuh setia di bawah pimpinan panglima baru yang sebelumnya adalah orang bawahannya.

Demikianlah secebis gambaran kualiti unggul sebaik-baik ummah, generasi yang mendapat nikmat kecintaan iman buat renungan dan iktibar kita bersama.

Firman Allah yang bermaksud: “…tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu dan menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka inilah orang yang mengikuti jalan yang lurus.” (Surah al-Hujurat, ayat 7)

Monday, 8 December 2008

Usrah at Stoke on Trent







29 Nov. 2008 - Thanks to Mr. Rameez, one of our Phd candidates at Keele, for the effort to invite the director and me to their first usrah session for the season. It's not the first time for me coming to Stoke, but it's the first time to be able to meet Malaysian students and researchers who are pursuing their studies there. Many thanks to Mr. Senek Baba, the Penghulu and Mr. Najib and wife, Mrs. Nik Salida for hosting the event at their place. What a small world, I was recalled by Nik Salida that we were once speakers st the same event of Forum Perdana Ehwal Islam, at SMK bandar Tasik Selatan. I'm terribly sorry for somehow it slipped from my memory. Apart from quite a number of that forum that I've involved, couldn't find any other valid excuses. Anyway, it's good to have her and husband here in UK, and she's now pursuing her Phd at Keele Univ. As usrah literally menas family, the session is tend to build the awareness, knoeledge and responsibilites towards each member, as one family. And having the opportunity to know, learn and understand Islam from various perspectives, it is essential that every 'family member' can participate in it. Most important, we need to address responsibly with the goals of having the usrah session, which are understanding Islam and creating a descent way to be a good muslim. It's all about knowledge and awareness, and far away from hatred, group or personal advantages. Usrah should now be transformed from having it in a close session and selective members, to be widely receptive and open invitation. My humble suggestion is that, we've passed the period where it has to be under secrecy, selection figures and goals set up to fulfil only one organisation. Islamic movements should extend the chances of having the participants not only to selective personnel, but to the most people out there who, should we not address and invite and approach them to the session, there's nothing much that they can do. In many cases, the particular usrah members are all ok and what they need is a continuous guidance, where as as long as dakwah is concerns, the real challenge is to be able to deliver the message to all types of backgrounds. Make it open, the beauty of Islamic thoughts can be shared in wider range. You may realize at the end of the process, peoples who are not an usrah member, are the one who needed knowledge and guidance most. My humble experience in conducting usrah or circle for newly converted muslims and non partisan of any Islamic movements and organisations, really shows that they're the one who really need extra care and hunger for the knowledge. Take them as your family member, take them in as your family, you'll find the fruits of dakwah. After the director's speech, I was given the chance to deliver some notes, circling on the important of knowledge, and some current muslims issues. Thanks to all our students and families at Stoke on Trent for the warmthwelcome and their attentiveness. We did feel at home. Till we meet again.

Newcastle 2-2 Stoke

By Aimee Lewis

Abdoulaye Faye
Abdoulaye Faye celebrates scoring Stoke's equaliser

A late Abdoulaye Faye equaliser ensured Stoke came from behind to secure a deserved point against Newcastle.

Newcastle took the lead when Michael Owen was put through by Jonas Gutierrez and the striker doubled the lead with a tap-in from an Obafemi Martins cross.

Stoke improved after the break and halved the deficit after Mamady Sidibe converted Ricardo Fuller's square ball.

And in the 90th minute the visitors drew level when Faye tapped-in from a Glenn Whelan free-kick.

It was only Stoke's third point away from home and although their search for a first Premier League win away from the Britannia Stadium continues, manager Tony Pulis can take heart from his side's much-improved second-half display.

Two well-taken goals from Owen within the first 24 minutes looked to have put the home side on course for victory.

606: DEBATE
chrissmithstoke

But following an injury to Danny Guthrie, with the former Liverpool player being substituted at half-time, the Newcastle midfield lacked poise after the break and allowed Stoke to dominate.

Owen had Gutierrez to thank for his opener with the lively Argentine causing all sorts of problems down the right in an impressive first-half display.

Gutierrez bisected Stoke's defence with a sublime pass which put Owen through for the striker to finish with a low shot to Thomas Sorensen's right.

It was Owen's first goal for the Magpies since he came off the bench to score against Wigan at St James' Park in mid-November.

Pulis relieved after 'embarrassing' start

In the 22nd minute, Salif Diao limped off to be replaced by Whelan, but Newcastle were dominant even before Stoke's enforced substitution.

Gutierrez had an opportunity to extend Newcastle's lead but his shot was blocked by Danny Higginbotham and it was left to Owen to add to the home side's tally.

Geremi, starting in place of the injured Nicky Butt, fed Martins on the left and the striker set up Owen for a simple finish on his 50th appearance for the Magpies.

The visitors improved in the second half and would have halved the deficit were it not for a superb last-ditch tackle by Steven Taylor, a second-half replacement for Guthrie, on Richard Cresswell.

Pulis sacrificed Rory Delap, whose long throw-ins proved to be ineffective, for his top scorer Fuller as the visitors searched for a goal. And the move paid dividends as Fuller was involved in Stoke's first goal just three minutes after coming on.

Sidibe flicked on to Fuller who danced past Fabricio Coloccini and squared to Sidibie for an easy tap-in.

Newcastle frustrated by late Stoke draw

The visitors were revitalised with the menacing Fuller causing all sorts of problems and Faye came close to equalising, hooking his shot inches wide, before Higginbotham flicked Whelan's free-kick towards Faye for the former Magpies player to level matters.

Newcastle manager Joe Kinnear was unhappy with the free-kick awarded against Sebastien Bassong for a foul on Fuller in the run-up to the goal.

The 61-year-old made his frustrations clear, resulting in referee Mike Riley sending the former Wimbledon to boss to the stands.


Stoke manager Tony Pulis:
"In the first 20 minutes we were so poor and so far off their players it was pretty embarrassing and we pride ourselves on working hard as a group and as a team.

"We haven't got the quality other teams have got but if you've got good work ethic and the team knows what they're trying to do, I think you can take teams on.

"Every point you get you gleam more confidence from. It's a good point for us, if we could have played the first half like we did the second we could have won the game."

Newcastle coach Chris Hughton on Joe Kinnear after the 61-year-old had been asked to leave the technical area for disputing the free-kick:
"I think it was for perceived comments, but from where I was, I certainly didn't hear anything. That's what I think it was for.

"It was an old-fashioned shoulder charge, both players competing for the ball, and the free-kick was given.

"As I say, it is an emotional game particularly against a team who thrive on set-plays and free-kicks."


Newcastle: Given, Beye, Coloccini, Bassong, Jose Enrique, N'Zogbia, Geremi (Cacapa 82), Guthrie (Taylor 46), Gutierrez, Owen, Martins (Viduka 74).
Subs Not Used: Harper, Xisco, Edgar, Carroll.

Goals: Owen 8, 24.

Stoke: Sorensen, Griffin, Sonko, Abdoulaye Faye, Higginbotham, Delap (Fuller 57), Amdy Faye (Tonge 78), Diao (Whelan 21), Pugh, Cresswell, Sidibe.
Subs Not Used: Simonsen, Olofinjana, Cort, Davies.

Booked: Griffin.

Goals: Sidibe 60, Abdoulaye Faye 90.

Att: 47,422

Ref: Mike Riley (Yorkshire).


BBC Sport Player Rater man of the match: Newcastle's Michael Owen 9.02 (on 90 minutes).

Friday, 5 December 2008

Peribadi mulia masyarakat bertamadun

Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh
salidasuhaila99@yahoo.com

Akhlak terpuji ditonjolkan Rasulullah sebagai 'role model' sejajar dipapar dalam al-Quran

SEJARAH membuktikan keperibadian mulia membentuk masyarakat cemerlang dari segi akhlak dan tamadun. Rahsia kejayaan Rasulullah SAW sehingga mampu membentuk barisan sahabat yang kukuh dan mantap dari segi sahsiah dan keperibadiannya adalah dengan menonjolkan akhlak mulia sejajar dengan keperibadian Muslim sebenar yang dipaparkan di dalam al-Quran.

Akhlak adalah asas pembinaan diri yang akan menentukan jatuh bangunnya bangsa serta faktor pembinaan sesebuah tamadun dan hadharah, bahkan inilah sebab utama diutuskan Rasulullah SAW ke dunia. Di dalam Surah al-Ahzab, Allah SWT berfirman di dalam ayat ke 21, "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu."

Asas dilakukan Rasulullah SAW ketika mula membina masyarakat Islam selepas peristiwa hijrah ialah dengan membentuk al-akhlak al-karimah atau akhlak mulia. Dan di dalam sebuah hadis diriwayatkan Ahmad dan Al-Hakim, Rasulullah SAW bersabda mafhumnya, "Sesungguhnya aku diutus hanya untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."

Dan di dalam hadis lain diriwayatkan Abu Daud dan Turmuzi, Rasulullah SAW bersabda bermaksud, "Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak yang baik".

Salah satu cara terbaik membentuk akhlak mulia ialah dengan cara pendidikan 'qudwah hasanah' atau teladan yang baik. Setiap individu harus memiliki sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan sikap suka membantu serta membimbing dan berperanan sebagai 'role model' antara satu sama lain. Alangkah indahnya jika suami dan isteri, ibu bapa dan anak, guru dan murid, pemimpin dan rakyat, sahabat dan musuh, menjadi contoh baik antara satu sama lain dan bukannya masing-masing berebut menonjolkan akhlak keji dan personaliti dibenci.

Antara aspek terpenting harus diambil perhatian ialah penampilan setiap individu Muslim, peribadi yang seimbang dalam pemikiran dan tindakan dan sikap terhadap konsep berilmu, beramal dan berakhlak yang sebenar-benarnya.

Di antara akhlak mulia yang dimodelkan Rasulullah kepada para sahabat ialah bersifat benar. Sifat ini meliputi semua perbuatan, perkataan dan gerak hati. Tidak ada sekelumit pun dendam, niat jahat, berbicara untuk menyakiti hati orang lain semata-mata atau melakukan sesuatu perbuatan yang bukan saja mengundang kesusahan dan penderitaan kepada orang lain tetapi juga kemurkaan Allah yang dijadikan ikutan, malahan itulah sempadan yang dijauhi oleh para sahabat dalam meningkatkan keperibadian selari dengan perintah agama.

Selain itu, sabar dalam semua keadaan adalah perkara paling mudah tetapi sukar dilakukan sekiranya hati kita tidak reda terhadap qada dan qadar Allah. Sifat sabar dibentuk oleh Junjungan Besar sehingga dikagumi sahabat dan musuh bersama baginda semasa hayatnya, bahkan tidak tergambar oleh kita hari ini betapa kesabaran Rasulullah sebenarnya menyelamatkan agama dan usaha syiar baginda dan akhirnya dapat dinikmati oleh seluruh Muslim pada hari ini.

Satu sifat mulia yang ditonjolkan Rasulullah juga ialah sifat pemaaf terhadap kesilapan dilakukan oleh para sahabat dan musuh serta mudah bertolak ansur dan tidak pernah marah melainkan kesalahan itu dilakukan kepada Penciptanya. Sifat ini tentu pernah dilakukan oleh semua orang tetapi ada kala ia tidak dapat dilakukan dalam semua atau setiap kesalahan.

Tetapi Rasulullah tidak pernah melemahkan diri baginda dengan tidak memaafkan kesalahan orang lain ataupun tenggelam oleh rasa marah yang mengawal akal. Inilah juga yang dituruti oleh para sahabat, sehinggakan Saidina Abu Bakar As-Siddiq, sahabat paling rapat dengan baginda ingin mengikuti segala sifat mulia Rasulullah sesuai dengan kemampuannya dan izin Allah.

Sifat tenang juga menggambarkan peribadi baik dan menunjukkan personaliti disukai ramai. Tenang sewaktu berbicara, mudah difahami dan arahannya cepat dituruti, itulah yang digambarkan peribadi Rasulullah yang dikagumi para sahabat dan rakyat.

Sering kali kita dengar pendapat yang mengatakan orang yang bersikap terbuka lebih mudah bermuamalah, boleh menerima perubahan baik, suka mendengar dan tidak memperlekehkan pendapat orang lain.

Sikap terbuka juga melambangkan seseorang berjiwa besar, sanggup berbincang dan mencari penyelesaian terbaik walaupun terpaksa menerima kelemahan diri. Sifat ini yang ada dalam diri para sahabat Rasulullah, sehingga mereka menerima dakwah yang dibawa oleh baginda akhirnya, walaupun bertentangan sama sekali dengan adat dan kebiasaan mereka sejak zaman nenek moyang mereka.

Rasulullah mendidik sahabat menurut tatacara akhlak yang ditentukan Allah, itulah yang membentuk sebuah masyarakat Islam yang begitu unggul sifatnya, beriman dan bertakwa serta cenderung dan mencintai kebaikan.

Kegagalan membentuk masyarakat berakhlak mulia sama seperti mengakibatkan kehancuran pada bumi ini, seperti mana firman Allah dalam Surah Al-Rumi ayat 41 bermaksud: "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. (Timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merosakkan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".

Dalam menghadapi arus kemajuan dan cabaran abad yang baru, keperluan terhadap pembentukan akhlak mulia semakin mendesak memandangkan masalah sosial timbul selari dengan perkembangan ekonomi dan kepesatan kemajuan dunia. Masyarakat dan bangsa yang memiliki akhlak mulia adalah penggerak ke arah pembinaan tamadun dan kejayaan yang diredai oleh Allah. Seperti kata pepatah seorang penyair Mesir, Syauqi Bei: "Hanya saja bangsa itu kekal selama berakhlak. Bila akhlaknya lenyap, maka lenyap pulalah bangsa itu".

Penulis ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)